Pages

Tuesday, March 30, 2010

FITNAH!!!!





link ini adalah merujuk kepada rakaman video penyanyi terkenal Radhi OAG yang bergaduh dengan isterinya Syazlin. video ini telah dimuat turun di dalam laman you tube.

Fitnah
          Fitnah secara amnya merupakan tuduhan yang dilemparkan kepada seseorang. Berdasarkan kes Dato’ Musa Hitam v SH Alattas & 2 Ors fitnah adalah imputasi atau tuduhan yang berkecenderungan merendahkan reputasi plaintif dalam pandangan orang yang munasabah di dalam masyarakat atau berkencenderungan menyebabkan plaintif dijauhi , dibenci, dihina atau dipandang rendah. Orang yang munasabah pula bermaksud orang biasa dalam sesebuah masyarakat itu. Ini dapat dilihat dalam kes Lau Chee Kuan v Chow Soong Seong di mana perayu telah mengambil tindakan fitnah bagi rencana yang diterbitkan oleh akhbar Feng Poa yang bertajuk “Bidan menemui Hantu”. Dalam kes ini, perayu merupakan seorang bidan dan telah pergi ke sebuah rumah untuk berubat. Apabila pulang ke rumah, dia telah jatuh sakit. Akhbar ini telah menyiarkan berita mengenai perkara ini dan mahkamah rayuan memutuskan bahawa rencana tersebut menfitnah perayu kerana orang ramai akan berpendapat bahawa perayu seorang yang bodoh kerana mempercayai kewujudan hantu sehingga jatuh sakit. Mahkamah rayuan juga menyatakan orang yang munasabah itu ialah orang yang bersetuju dengan pendapat orang yang munasabah itu. Bagi membuktikan wujudnya kesalahan fitnah, perlulah dibuktikan 3 elemen iaitu:
1) Kata-kata defendan bercorak fitnah
2) Kat-kata merujuk kepada plaintiff
3) Kata-kata itu disiarkan


Elemen Fitnah
terdapat 3 elemen fitnah yang perlu dibuktikan untuk mengenakan liabiliti terhadap seseorang.

(1)kata-kata defendant bercorak fitnah
kata-kata defendan mestilah pada asasnya berkecenderungan mendatangkan kesan kepada plaintiff menyebabkan plaintif dijauhi,dihina,ditertawakan atau dipandang rendah oleh orang yang munasabah. namun begitu,perlu dingatkkan,sekiranya kata-kata itu dikeluarkan atau diucapkan dalam keadaan marah maka ianya tidak dikatakan bercorak fitnah. ini dapat dilihat dalam kes C Sivanathan V Abdullah bin Dato' Haji Abdul Rahman di mana dalam kes ini plaintiff telah bergaduh dengan defendan dan defendan dengan marahnya telah mengatakan plaintiff sebagai seorang yang penipu,tidak jujur dan pembohong. namun,mahkamah memutuskan bahawa kata-kata tersebut tidak dikatakan fitnah kerana ia adalah secara tiba-tiba dan dalam keadaan marah. kata-kata itu bercorak fitnah apabila melalui perkataan itu orang munasabah di dalam masyarakat akan memandang serong pada plaintiff. selain itu, pernyataan itu tidak bercorak fitnah tetapi menjadi fitnah akibat daripada implikasi atau rujukan kepada sesuatu perkara atau fakta-fakta khas yang diketahui oleh penerima penyiaran kata-kata tersebut. ini dapat dijelaskan lagi dengan melihat kepada dua contoh iaitu:
(a) innuendo sebenar : timbul apabila ada fakta-fakta khas atau diketahui oleh penerima penyiaran     kata-kata tersebut menyebabkannya bercorak fitnah. ini dapat dirujuk dlam kes Tolley v Fry & Son Ltd di mana plaintiff adalah seorang pemain golf. defendan telah membuat satu iklan menggunakan imej plaintiff dengan menunjukkan sekeping coklat keluran defendan keluar dr poket plaintiff dan ini menyebabkan implikasi bahawa plaintiff telah melacurkan statusnya sebagai pemain golf amatur.
(b) innuendo palsu : timbul akibat daripada kesimpulan kata-kata itu sendiri. ini dapat dijelaskan lagi dalam kes Lee Kuan Yew v JB Jeyaratnam dimana dalam kes ini defendan telah membuat pernyataan berbunyi,"saya tidak pandai dalam pengurusan kekayaan peribadi tetapi Lee Kuan Yew berjaya menguruskan kekayaannya dengan baik sekali". jadi,pernyataan seperti ini menimbulkan implikasi bahawa plaintiff adalah seorang yang melakukan rasuah selaku perdana menteri singapura.

(2) kata-kata merujuk kepada plaintif
dalam kes David Syme & Co v Canavan telah menggariskan prinsip orang munasabah. untuk membuktikan kata-kata itu merujuk kepada plaintiff, kata-kata itu mestilah menyebabkan orang munasabah faham bahawa kata-kata itu adalah merujuk kepada plaintif. biasanya plaintiff adalah seorang individu namun begitu ianya juga boleh diluaskan kepada nama syarikat, organisasi dan sebagainya.

(3)kata-kata itu disiarkan
elemen yang seterusnya adalah kata-kata tersebut mestilah disiarkan iaitu sampai ke pengetahuan orang ketiga selain daripada plaintif. ini dapat dilihat dalam kes Dr Jenni Ibrahim v S Pakianathan di mana dalam kes ini defendan telah menulis telah menulis surat kepada pihak berkuasa menyatakan plaintif telah menyalah gunakan kuasa dan melakukan pecah amanah melibatkan wang di Pusat Pertolongan Kampung Bercham. perbuatan defendan menulis surat kepada pihak berkuasa dijustifikasikan sebagai telah wujud penyiaran terhadap kata-kata fitnah tersebut.

oleh itu,secara kesimpulannya, untuk membuktikan wujudnya fitnah terhadap seseorang,elemen-elemen di atas perlu dipenuhi


Dalihan
terdapat beberapa dalihan bagi mengecualikan seseorang daripada kesalahan fitnah:

(1) keizinan:  defendan perlu membuktikan bahawa dia telah mendapat keizinan daripada plaintif untuk menyiarkan kata-kata tersebut.

(2) fitnah tanpa niat: dalam dalihan ini,defendan boleh menggunakan seksyen 7 akta fitnah. defendan hendaklah membuktikan bahawa dia tidak mengetahui keadaan-keadaan di mana perkataan-perkataan itu boleh difahamkan sebagai merujuk kepada plaintif atau ianya bercorak fitnah terhadap plaintif. selain itu,defendan juga perlu membuktikan bahawa dia telah bertindak secara suci hati dalam penerbitan tersebut.selain itu,defendan boleh membuat tawaran penyelesaian dalam bentuk menerbitkan pembetulan kepada kata-kata tersebut atau permohonan maaf secepat mungkin.

(3) justifikasi : dalihan ini merupakan satu dalihan yang mutlak dan telah diperuntukkan dalam seksyen 8 Akta Fitnah. dalam menjayakan dalihan ini,defendan perlu membuktikan bahawa kata-kata fitnah yang disiarkan merupakan benar bukan satu fitnah semata-mata. beban pembuktian terletak kepada defendan untuk membuktikan kebenaran kata-kata fitnah yang dilemparkan.

(4) komen berpatutan:  komen berpatutan diperuntukkan di dalam seksyen 9 Akta Fitnah. namun begitu,untuk menggunakan dalihan ini,defendan perlu membuktikan empat elemen iaitu iainya mestilah komen dan bukan fakta,komen tersebut mestilah berdasarkan fakta yang benar,ketiga ianya mestilah komen yang adil dan keempat ianya mestilah berkaitan dengan isu kepentingan awam.

Komen Berdasarkan Kes

Dalam video yang ditunjukkan di atas, isu yang boleh dibangkitkan adalah sama ada Internet Service Provider iaitu Youtube bertanggungan terhadap video yang disebarkan dalam servisnya sendiri. Oleh itu, bagi membuktikan liabiliti Youtube terhadap penyiaran video pergaduhan radhi dan isterinya pertamanya adalah perlu menentukan samaada video tersebut termasuk dalam pengertian fitnah. Menurut Chris Reed and John Angel in the book of Computer Law 4th edition, fitnah adalah berlaku apabila seseorang meluahkan kata-kata yang menjatuhkan reputasi orang lain pada pandangan masyarakat. Seterusnya, kita perlu lah menentukan bahawa fitnah yang dilakukan adalah berbentuk libel. Hal in adalah kerana apabila sesuatu percakapan itu direkodkan atau dirakamkan, ia akan menjadi libel. Seterusnya, elemen-elemen fitnah haruslah dipenuhi yang mana dalam video ini, radhi telah bergaduh dengan isterinya dan mengeluarkan kata-kata seperti “you dah tidur dengan lelaki lain,you tipu, dia ada affair dan dia dah tidur dengan lelaki itu”. Ini merupakan kata-kata yang berbaur fitnah dan ditujukan kepada isterinya dan disiarkan oleh TV3. Jadi, elemen-elemen fitnah telah dapat dibuktikan. Namun begitu, dalam topik ini, isu utama adalah sejauh manakah Youtube sebagai internet service provider juga bertanggungan terhadap kesalahan fitnah.
Jadi, untuk menentukan liabiliti youtube terhadap kesalahan fitnah, perlulah merujuk kepada kes Prodigy. Dalam kes ini, Prodigy telah didakwa atas kesalahan fitnah yang telah dibuat oleh salah seorang pelanggannya dalam ruang diskusi pelanggan Prodigy. Mahkamah telah menyatakan bahawa untuk menentukan tanggungan Prodigy sebagai internet service provider, perlu melihat sama ada Prodigy adalah “distributor” atau “publisher(penerbit)” kepada pernyataan fitnah tersebut. Sekadar penyebar(mere distributor) tidak dianggap bertanggungan di bawah kesalahan fitnah. Namun begitu, mahkamah telah mensabitkan kesalahan Prodigy atas tanggungan fitnah kerana Prodigy mempunyai kawalan terhadap kandungan dalam perkhidmatan ruang diskusinya sendiri. Selain itu, Prodigy juga boleh menyelia dan menyekat apa-apa terhadap kandungan dalam forum tersebut. Oleh kerana itu, Prodigy adalah sebagai penerbit(publisher) dan bertanggungan. Selain itu, dalam kes CompuServe, internet service provider adalah tidak bersalah kerana mahkamah menyatakan bahawa CompuServe adalah sekadar mere distributor kepada maklumat yang mengandungi unsur fitnah tersebut. mahkamah juga menyatakan bahawa CompuServe tidak mempunyai pengetahuan dan juga tidak ada sebab untuk mengetahui bahawa kandungan itu adalah pernyataan fitnah. Selain itu lagi, kita boleh merujuk kepada kes Godfrey v Demon dimana dalam kes ini Demon telah didakwa atas pernyataan fitnah dalam servis forum(news group) yang disediakan. Mahkamah menyatakan bahawa oleh kerana Demon mempunyai pilihan untuk menerima dan menyimpan serta memadamkan pernyataan fitnah tersebut, maka Demon adalah penerbit(publisher) dan bertanggungan. Namun begitu, dalam kes Cubby Inc v CompuServe mahkamah menyatakan bahawa servis dan aktiviti yang ditawarkan untuk menyebarkan maklumat daripada orang ketiga adalah yang tidak dapat diubah menjadikannya lebih kepada distributor dan bukan penerbit(publisher).
Dalam kes Youtube, samaada youtube adalah distributor atau penerbit kepada video yang telah diletakkan dalam servisnya. Oleh itu, kita perlu melihat kepada faktor kawalan dari segi adakah Youtube boleh memadam, meminda, menyimpan segala video yang dimuatnaik dalam perkhidmatannya. Sebagaimana yang kita tahu, youtube mempunyai kawalan terhadap apa-apa video muatnaik dalam servisnya. Youtube juga boleh memadamkan video yang dianggap berbaur lucah serta fitnah. Oleh itu, Youtube dikatakan sebagai penerbit(publisher) dalam konteks ini. Namun begitu, Youtube ada menggunakan fasal pengecualian untuk mengelak daripada dikenakan liabiliti fitnah. Antara fasal pengecualian yang diletakkan adalah memberi amaran bahawa mana-mana kandungan yang disalah guna adalah tidak bertanggungan. Selain itu, dalam youtube juga diletakkan penerangan berkenaan kandungan yang menyalahi hakcipta,muatnaik, sulit, keselamatan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, Youtube adalah tidak bertanggungan terhadap video yang dimuatnaik dalam perkhidmatannya.

3 comments:

Anonymous said...

bagaimana hendak menentukan sejauh mana pihak ISP ada kawalan terhadap kandungan sesutau blog

Cyber Law student 2010 said...

dalam menentukan sama ada ISP ada kawalan terhadap mana-mana kandungan dalam perkhidmatannya, perlulah melihat sama ada ISP boleh memadamkan apa-apa data yang dimasukkan. selain itu, kita juga boleh melihat sekiranya ISP tersebut mempunyai apa-apa pengecualian untuk tidak dikenakan liabilti jenayah. perlu diingat bahawa kawalan merupakan persoalan fakta dan mahkamah yang akan menentukan sama ada ISP tersebut ada kawalan atau tidak.

Cyber Law student 2010 said...

selain itu,kita juga perlu membezakan sama ada ISP itu adalah distributor atau publisher.sekiranya ISP itu publisher,mmg ISP akan bertanggungan.(prodigy kes)

Post a Comment