Pages

Wednesday, March 31, 2010

Jenayah Komputer 2

Sila klik di pautan ini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

Artikel ini adalah berkenaan dengan kes-kes yang terbaru dan sedang meningkat di setiap negara sekarang. Seperti penipuan mesian ATM dengan mencuri nombor pin pengguna, memalsukan mesin ATM, dan sistem keselamatan perbankan. Oleh itu kita harus mengenal pasti apakah itu Jenayah Siber dan apakah seksyen-seksyen di dalam Akta Jenayah Komputer yang terpakai bagi kes-kes sebegini. 


Klasifikasi Jenayah siber.



Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya. Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar


1. Penipuan 
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer. 
3. Kecurian maklumat. 
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem 
5. Menyalin perisian secara tidah sah. 
6. Pengintipan 
7. Judi siber 
8. Skim cepat kaya 
9. Pornografi 
10. Penggodam atau "Hacker" 
11. Penyebaran virus 
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya 
2. Kepentingan ekonomi 
3. Berbeza takrifan jenayah 
4. Kepentingan ketenteraan 
5. Sikap manusia "Human attitude

Pada zaman millenium ini, kes-kes yang berkenaan dengan jeyaha siber ataupun komputer ini semakin meningkat dari hari ke hari sehingga membimbangkan orang awam. ini adalah kerana, sebagai contoh, ramai pelanggan bank telah tertipu dengan website yang palsu. seperti di dalam artikel telah menyatakan bahawa, banyak penggodam internet ataupun penjenayah internet telah membuat rangkain laman web palsu ke atas laman web asli dan dengan cara itu mereka telah berjaya menipu pelanggan bank. akibat daripada penipuan itu, segala transaksi yang berlaku daripada pelanggan antara pihak bank dapat di cantas oleh pihak penjenayah ini dan melalui cara ini lah mereka mengaut keuntungan wang tersebut. 

Istilah komputer yang didefinisikan oleh Akta Jenayah Komputer 1997 ialah:
suatu peranti eloktronik, magnet, optik, elektrokimis, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan, yang melaksanakan fungsi logik, artimetik, storan dan paparan, dan termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali bersama dengan suati peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambing atau yang berkaitan, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atay mesin pengautr huruf berautomat, atay suatu mesin hitung pegang tangan mudah alih atau peranti seumpama yang lain tak boleh diatur cara atau yang tidak mengandungi apa-apa kemudahan. storan data.

Menurut Seksyen 3 , Akta Jenayah Komputer 1997, adalah berkenaan capaian tanpa kuasa. 
Sesuatu kesalahan dikatakan berlaku apabila seseorang menyebabkan sesebuah komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer. capaian yang diniatkan itu adalah tanpa kuasa dan beliau mengetahui tidka mempunyai kuasa sedemikian. oleh kerana itu, kesalahan di bawah peruntukan ini adalah seperti yang berikut:

(a) Menyebabkan komputer melaksanakan apa-apa fungsi(actus reus).
(b) Sewaktu menyebabkan pelaksanaan apa-apa fungsi itu, harus disertakan dengan niat mendapatkan capaian itu (mens rea).
(c) Capaian itu adalah tanpa kuasa.
(d) Mempunyai pengetahuan. 

Seseorang itu dikatakan mendapat capain kepada mana-mana atur cara atau data dan menyebabkan komputer melaksanakan apa-apa fungsi apabila melakukan perbuatan ini iaitu:

(a) Mengubah atau memadamkan atur cara atau data.
(b) Menyalin atau mengalihkannya ke mana-mana bahantara  storan selain tempat ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di mana ia disimpan.
(c) Menggunakannya atau menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia disimpan sama da dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa cara ain. 

Seksyen ini hanya mengutamakan niat pelaku untuk mendapat capaian, sama ada perbuatan itu berjaya atau tidak, pelaku tetap boleh didakwa di bawah peruntukan ini. Dalam proses mensabitkan telah memenuhi 2 elemen iaitu mens rea (niat jahat seseorang) dan actus reus (tindakan atau perbuatan jahat). 

Bagi kesalahan yang disabitkan di bawh pertuduhan seksyen ini, hukumannya adala boleh didenda tidak melebihi RM50000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Di Malaysia, sehingga kini masih belum ada kes yang dilaporkan oleh jurnal undang-undang di bawah seksyen ini, namun rujukan boleh dibuat kepada kes Inggeris iaitu R lwn Cropp, apabila tertuduh didakwa di bawah seksyen 2(1) Computer Misuse Act 1990 United Kingdom yang bersamaan dengan peruntukan seksyen 3 Akta Jenayah Komputer 1997. 

Dalam kes ini, tertuduh telah melawat premis bekas majikannya. Dia mengambil suatu barangan dan jurujual memasukkan item barangan tersebut dalam komputer. kemudia, komputer tersebut dibiarkan sementara oleh jurujual dan tertuduh telah memasukkan diskaun sebanyak 70% ke atas barangan yang dibelinya. tertuduh hanya membayar $204.60 pound yang sepatutnya harga barangann tersebut ialah $710.96 pound. Di mahkamah bicara, tertuduh dilepaskan daripada bertanggungan kerana peruntukan menyebut sesuatu perbuatan yang bertentangan "haruslah daripada komputer yang lain". Namun di peringkat rayuan, mahkamah menyatakan bahawa ia termasuk juga dalam perbuatan menggodam sekiranya dilakukan pada komputer yang sama. 

Menurut seksyen 4, Akta Jenayah Komputer 1997:

(a) Seseorang adalah melakukan statu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia melakukan satu kesalahan yang disebut dalam seksyen 3 Akta Jenayah Komputer 1997 dengan niat:

  1.  untuk melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakridkan dalam Kanun Keseksaan; atau
  2. untuk memudahkan berlakunya suatu kesalahan itu sama ada olehnya sendiri atau orang lain.


(b) Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada kesalahan yang seksyen ini terpakai dilakukan pada masa yang sama apabila capaian tanpa kuasa itu didapati atau pada bila-bila masa hadapan. 

Dalam mensabitkan kesalahan di bawah seksyen 4 ini, seksyen 3 hendaklah diuktikan terlebih dahulu. kesalhan yang dinyatakan ini termasuklah kesalahan fraud dan kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan. Bagi kesalahan di bawah seksyen ini, dendanya tidak melebihi Rm 150000 atau penjara tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 

Tetapi jika jenayah telah mengubah kandungan yang terdapat di dalam komputer, maka seksyen 5 akan terpakai. 

(a) Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa atau kandungan mana-mana komputer. 

(b) Bagi maksud sekyen ini, adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidak ditujukan kepada:

(i) Mana-mana atur cara atau data yang tertentu.
(ii) Apa-apa bentuk atur cara atau data.
(iii) Suatu atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang tertentu. 

(c) Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada suatu pengubahsuaian tanpa kuasa berlaku, atau yang dikehendaki berlaku, kekal atau hanya sementara. 

Pengubahsuaian kandungan komputer dijelaskan dalam seksyen 2(7) dan (8) Akta Jenayah Komputer 1997. Dalam perkara ini, pengubahsuaian tanpa kuasa terhadap disket 3 1/2 yang masih berada di dalam sesebuah komputer terjumlah kepada kesalahan di bawah peruntukan ini. Penyebaran virus menerusi komputer juga merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen ini. 

Pengubahsuaian tetap di anggap sebagai satu kesalahan tanpa mengira jagka masa walaupun ia berlaku untuk tempoh sementara waktu sahaja. Bagi kesalahan ini, penalti yang dokenakan ialah denda tidak melenihi RM 10000 atau penajra tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan dengan niat untuk menyebabkan kecederaan sebagaimana takrifan Kanun Keseksaa, denda tidak melebihi RM 150000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. 



0 comments:

Post a Comment