Pages

Wednesday, March 31, 2010

KESAN PENGGUNAAN BLOG

Sememangnya blog telah menjadi trend dan merupakan suatu platform bagi orang ramai dalam mengutarakan pendapat mahu pun pandangan mengenai yang mereka fikirkan. Blog juga memainkan peranan penting dalam penyebaran maklumat serta isu-isu semasa. Pelbagai kelebihan dan keburukan didapati menerusi penggunaan blog.

Antara kebaikan yang dapat kita lihat adalah blog dapat disebarkan dengan cepat malah menjimakan masa dan kos semua pihak.Blog juga memberi pendedahan yang meluas tidak tertakluk kepada sesetengah individu mahu pun tempat malah ia merangkumi capaian ke seluruh dunia.

Namun begitu, setiap kelebihan sudah tentu ada kelemahannya. Blog menjadi keburukan apabila ia menjadi medium bagi sesetengah pihak untuk menyuarakan,menerbitkan, mahu pun menyebarkan apa yang tidak sepatutnya.Contohnya seperti apa yang telah dibincangkan di dalam blog kami ini.

Jika berlaku apa-apa di dalam blog yang melibatkan perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang di negara kita, bukan sahaja pengguna blog yang akan bertanggungan. Malah ISP juga boleh bertanggungan jika dapat dibuktikan mereka ini mempunyai kawalan terhadap blog-blog pengguna.

Maka, sewajarnya kemudahan seperti ini haruslah digunakan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

TERIMA KASIH DARI KAMI SEMUA...=)

1 comments:

kUcing hiTAm said...

tidak semua org mempunyai medium untuk menyuarakan pendapat. jadi pada pendapat saya, blog menjadi medium yang terbaik dalam meluahkan sebarang pendapat.

Post a Comment