Pages

Wednesday, March 31, 2010

PENGENALAN











Pada zaman kini blog semakin dikenali dan penggunaannya semakin meluas. Lebih elok lah jika kita mengetahui apakah yang dimaksud kan dengan blog itu sendiri.

DEFINISI


           Menurut Webopedia Computer Dictionary blog merupakan sebuah laman sesawang yang berfungsi sebagai jurnal peribadi yang boleh diakses awam oleh seseorang individu dimana biasanya ia dikemaskini mengikut hari minggu ataupun bulan. Blog juga dikatakan mencerminkan diri seseorang penulis.


Menurut Whatis.com pula mendifinisikan blog sebagai singkatan dari perkataan weblog. Blog merupakan jurnal peribadi yang sering dikemaskini dan direka untuk tatapan umum. Antara topik yang seringkali di paparkan di blog adalah seperti isu sosial, kekeluargaan, keagamaan dan politik. Menurut Whatis.com blog juga mengambarkan dan mencerminkan keperibadian dan tujuan seseorang menulis blog.


Untuk mengetahui lebih lanjut apakah itu blog.Klik sini




JENIS-JENIS BLOG


Terdapat pebagai jenis blog dan blog-blog ini adalah berbeza dari segi cara penulisan dan isi kandungannya antaranya ialah :-

- Blog persendirian

- Blog Organisasi dan Korporat

- Blog mengikut kategori

- Blog mengikut jenis media

- Blog mengikut alat-alat telekomunikasi


Untuk mengetahui pelbagai lagi jenis-jenis blog sila klik pada pautan di bawah


OBJEKTIF PENGGUNAAN BLOG

1. Membina rangkaian persahabatan secara atas talian – personal blog

2. Memasarkan produk dan servis di internet – business blog

3. Boleh memperolehi keuntungan iaitu dengan melakukan perniagaan secara  
    aplikasi dalam talian
4. Berkongsi ilmu dan pengetahuan  

5. Mengetahui berita-berita terkini (politik, agama, perkembangan dunia..) – news 
    blog
6. Membina kredibiliti dan menarik bakal pelanggan – business blog





0 comments:

Post a Comment